iFshAgeGurlz

www.ifsha gegurlz.blog

Ahad, 27 Mei 2012

0
Comment
IBU....ohhh.. IBU.....

assalamualaikum semua...wah..hari minggu nie syok bangat kan kalau duduk di rumah rehat kan diri yg dah letih penat bekerja...tapi ada juga sesetengah orang luangkan masa hujung minggu ni keluar bersiar siar bersama family tercinta....so ape program ifa hujung minggu nie yeap...ifa pon nak bersiar2 jugak macam teman2 yg lain..tapi bersiar2 di blog2 orang jelah ...huhuu..tu jea yg mmpu sbb minggu nie banyak sangat kenduri jiran tetangga...so sedang bersiar2 kat blog2 org ifa terbace lah satu artikal nie...so ifa pon nak share kat teman2 jugak...actly artikel ni dah lama...but msti ada yg tak penah bace kan...so ifa nak kongsi....



jangan kau panggil aku IBU lagi !!!


Cerita ni
dalam bentuk luahan hati seorang anak yang kesedihan akibat kelalaian
atau dengan kata lain kederhakaannya kepada seorang ibu!


Cerita si anak.....

Ibuku buta sebelah mata!
Aku benci ibuku… Dia amat
memalukanku!
Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru
untuk menyara keluarga kami.


Pada suatu
hari semasa di sekolah rendah, ibuku datang ke sekolah untuk bertanya
khabar.
Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini
kepadaku?!
Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci
kepadanya dan terus lari.


Keesokan harinya
salah seorang rakan darjah berkata, “EEEE, ibumu hanya ada satu mata!"
Ketika
itu aku hanya ingin membenamkan diriku. Aku juga mahu ibuku hilang dari
hidupku!
Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, “Jika engkau
hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, alangkah baiknya kalau kau
mati saja?!!!”


Ibuku hanya berdiam diri!!!



Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa
yang telah aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu..
Aku
langsung tidak peduli akan perasaannya…


Aku
ingin keluar dari rumah itu…
Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh
dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura.
Kemudian aku
berkahwin. Aku membeli rumah sendiri dan mendapat anak. Aku amat gembira
dengan kehidupanku.


Suatu hari ibuku
datang menziarahiku. Sudah lama dia tidak berjumpa denganku dan tidak
pernah berjumpa cucunya!.
Bila dia berdiri di depan pintu rumahku,
anakku mentertawakannya...
Aku menjerit kepadanya, “Sanggup engkau
datang ke sini dan menakutkan anakku!"KELUAR DARI SINI SEKARANG!!!
Dengan
pantas ibuku menjawab “Maaf, Saya tersilap alamat” dan terus
menghilangkan diri.


Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan
pelajar-pelajar lama sampai ke rumahku..
Oleh itu aku telah
memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan…


Selepas perjumpaan itu, aku telah pergi ke rumah
usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!.
Jiran memberitahuku yang ibuku
telah meninggal…
Aku tidak menitiskansetitik airmata pun!!


Jiran itu telah menyerahkan kepadaku sepucuk surat
yang ibuku ingin aku membacanya…
“Anakku yang dikasihi, Ibu selalu
teringatkan kamu setiap masa…
Ibu minta maaf kerana datang ke
Singapura dan telah menakutkan anakmu.
Ibu gembira kerana kamu akan
datang
ke perjumpaan pelajar-pelajar lama…
Tetapi ibu mungkin
tidak dapat bangun
untuk berjumpa denganmu.
Ibu minta maaf kerana
sentiasa memalukan kamu
semasa kamu sedang membesar.


Kamu
mungkin tidak tahu…. Semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat
kemalangan dan hilang satu mata........
Sebagai ibu, aku tidak
sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata...
Oleh itu… Aku
memberi salah satu mataku kepada kamu…
Aku amat berbangga kerana anak
lelakiku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini…


…Dengan kasihku kepadamu…
…IBUMU…


Sabda Rasullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: Dia
memberitahu kamu supaya taat kepada Allah dan RasulNya sentiasa. Selepas
itu taatlah kepada ibumu kemudian ibumu kemudian ibumu kemudian ayahmu!


Wassalam...

Khamis, 24 Mei 2012

1
Comment
Kasih nya ibu bawa kesyurga kasihnay ayah sepanjang masa

Jika seorang ANAK terluka hatinya, maka perasaan itu tidak akan menghalang IBUnya daripada masuk ke dalam SYURGA. Akan tetapi jika seorang IBU terluka hatinya, pasti perasaan itu akan mengheret ANAKnya masuk ke dalam NERAKA...♥♥♥

"Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa kedua ibu bapaku dan Kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil" ... ♥♥♥



Lahirnya ke dunia, seorang bayi meraung dan menangis memecah kesunyian, saat di mana manusia sekililing menunggu ketibaan insan baru dalam kehidupan. Tangisan bayi comel itu membawa khabar gembira kepada sepasang suami isteri yang bergelar ibu dan bapa. Tangisan itu melakarkan senyuman yang berpanjangan. Penantian yang panjang selama 9 bulan 10 hari terasa sangat bermakna, pengorbanan ibu melahirkan anaknya suatu pengorbanan teragung yang tiada tolak banding.

Namun sangat memilukan apabila pusat penjagaan orang-orang tua sentiasa penuh dan bertambah dengan kedatangan penghuni-penghuni baru setiap masa. Persoalannya, apakah anak-anak sekarang sudah buta dalam menilai dan menghargai? Sedangkan nilai kasih sayang seorang ibu tidak terhingga terhadap anak yang dilahirkan. Ibu yang mendidiknya bermula dengan belajar meniarap hinggalah anak itu pandai berlari-lari, malah tidak kurang yang sangat petah berkata-kata.

RASULULLAH menangis, hiba hatinya mendengar luahan hati seorang ayah mengenai anaknya. Lelaki tua itu berkata: “Ketika kecil, tanganku inilah yang memberimu makan. Engkau kehausan, akulah yang menuangkan. Jika kau sakit, tiada aku tidur sepanjang malam, sakitmu itu membuatku kerisauan. Tetapi kini selepas engkau mencapai tujuan. Kulihat dalam dirimu apa yang tidak kuharapkan. Kau balas dengan kekerasan dan kekasaran. Seolah-olah nikmat dan anugerah itu engkau yang berikan.”

Berlinangan air mata Rasulullah, baginda memanggil anak itu dan bersabda kepadanya: “Kamu dan semua milikmu, semuanya adalah milik ayahmu.” Hadis riwayat Ibn Majah, Imam Ahmad dalam al-Musnad, Ibnu Hibban dalam Sahihnya dan al-Baihaqi dalam al-Sunan.

Berbuat baik kepada ibu bapa adalah satu perintah dan tanggungjawab yang wajib disempurnakan bagi setiap individu yang bergelar anak tanpa mengira samaada ibu bapanya itu beriman atau tidak. Dalam surah al-Isra', ayat 23 dan 24, Allah menerangkan kepada kita supaya sentiasa taat kepada mereka:-


وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا"Jika seorang atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, janganlah engkau berkata kepada kedua-duanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.



وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
"Dan rendahkanlah dirimu kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku ketika kecil.

Melalui nas ini jelas menunjukkan, berbakti kepada ibu bapa bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan kerana ia adalah suatu perintah yang wajib dilakukan. Sebagai anak, kita perlu menjaga hubungan dengan ibu bapa agar sentiasa akrab meskipun sudah dewasa dan mempunyai rumah tangga sendiri. Perbuatan derhaka amatlah dilarang sama sekali dan mereka yang menderhaka akan mendapat dosa besar. Dalam satu hadis ada menerangkan derhaka kepada ibu bapa adalah dosa besar selepas syirik.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, Nabi s.a.w pernah menceritakan mengenai dosa besar. Baginda bersabda yang bermaksud: "Menyekutukan Allah, menderhaka kedua-dua ibu bapa, membunuh dan berkata dengan kata-kata palsu." (Hadis riwayat Muslim)


Menurut hadis nabi juga, orang yang derhaka pada ibu tidak mencium bau syurga. Dalam satu kisah, sahabat Nabi s.a.w bernama Alqamah, seorang yang taat dan rajin beribadat; mendirikan sembahyang, berpuasa dan bersedekah. Namun pada saat kematiannya Alqamah sangat menderita. Begitu sulit hendak menghadap Allah Taala. Mulutnya seperti terkunci untuk mengucapkan kalimah tauhid sungguhpun setelah ditalqin yakni diajarkan oleh para sahabat. Ini adalah kerana Alqamah lebih mengutamakan dan terlalu cintakan isterinya sehingga mengabaikan ibunya.

Di akhir hayat Alqamah, ibunya tidak memaafkannya kerana masih berkecil hati dengan Alqamah.Melihat keadaannya yang nazak, Nabi memerintahkan sahabat untuk mengumpul kayu api sebanyaknya untuk membakar Alqamah, Maka pada saat itulah, cinta seorang ibu yang telah lama terkubur dalam hatinya mulai hidup dan bersemi lagi, akhirnya ibu Alqamah memaafkannya dan Alqamah dapat menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan tenang.

Kasih ibu juga tiada bandingannya. Kita tidak dapat mencari kasih yang lebih murni dan lebih sejati dari kasih seorang ibu. Ibu sanggup berkorban nyawa untuk anaknya. Itulah betapa kasihnya seorang ibu pada anaknya.

Amat mulianya ibu, sehinggakan Islam meletakkan kemuliaan ibu itu lebih tinggi dari syurga itu sendiri. Bagi mereka yang masih ada ibu, kasihilah ibu anda kerana ibu anda hanya seorang sahaja, bila masa memanggil mereka pergi tinggallah kita di dunia ini tidak beribu lagi. Bagi mereka yang ibuya sudah menyahut panggilan Ilahi, hadiahkanlah mereka dengan amal jariah dan menjadi manusia yang berguna.

Peristiwa terbabit wajar dijadikan iktibar kepada semua di antara kita. Janganlah kerana isteri hak ibu terabai dan disebabkan suatu perkara remeh, tergamak meninggikan suara terhadap ibu sendiri.


Hayatilah sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Reda Tuhan (Allah) ada dalam reda kedua-dua ibu bapa dan kemurkaan-Nya ada dalam kemurkaan kedua-duanya." (Hadis riwayat al-Tabrani)...

sayangilah mereka sementara mereka masih ada

.....MAK...AYAH...KAKNGAH SAYANG KAN MAK dan AYAH SEHINGA AKHIR NAFAS KAKNGAH.....


1
Comment
cara Speed Up internet

Assalamualaikum...hai guys ....today i geram sangat ..u no why ....sbb tenet lembab mengalah kan siput...kalau lumber pon siput boleh menang (bak kata my friend)....then bile dah lembab ifa pon try lah tangal pasang tangal pasang BRODBAND tuh..kasih dia laju sikit...tapi nothing happen....huhhhh sebal deh gue...
tetibe ifa teringat lah satu cara yg ifa pnah gak try dulu nak Speed Up internet kasih laju macam F1...then search punye search jumpe lah step by step cara nak Speed Up Tenet nie....jom ikut iffa blaja cara2 nya:

1.pergi ke MENU ,taip RUN


2.kemudian taip system.ini


3.anda delete semua tulisan gantikan dengan tulisan ini.pastikan anda menulis sebijik macam dalam gambar ini,kalu x nanti x jadi...


4.save kan..dah siap :)
ok guys ....selamat mencuba....semoga menjadi yea.....
tapi jangan lah mengharap tenet anda laju mengalah kan F1...just try...if laju baguslah.... :)
t




Ahad, 20 Mei 2012

1
Comment
My sister Convocation Day.

Assalamualaikum..hai ualls ape kabar?? sihat..owrite entry kali ini ifa nak story about my sister yg dah pon dapat sijil DIPLOMA btw Tahniah dear :)....so smalam kami naik shah alam lah kan  sbb nak pi tengok akk ifa ambik sijil...actly jumaat lagi kami dah dtg..sbb mlm uh nk g syoping dulu ...huhuhu (that my hobi )..mase dekat tmpat majlis convo berlangsung 
fuhhh  lama bangat tau duduk d situ..dah lah dengan org yg x henti2 datg plus dengan pnas teriknya...my parent of coz dapat duduk dlm dewan with aircond ..ifa n adik ifa duk jea lah d luar menanti sehingga mjlis abis...nak x nak terpakse lah tunggu...mybe nnt ifa convo mcm tuh lah agaknye kan...nie antara gambar yg sempat kami rakamkan ketika majlis convo selesai....
wif my sister and my dad n mami
this is all my loving family <3
terdiri daripada papito,mamito,Akeh,Lemoy and Anot (our manje name in my family)
this is our sibling ....
Lastly i present to you ...this is my sister ..Tahniah sis..always happy to you.. :)
oh ye lupe nak bagi tau bunga yg my sis pegang uh i yg bagi tau.... :)ok bye ..




Jumaat, 18 Mei 2012

1
Comment
Pencarian Sponsor Random Giveaway By Cik Fie !! Sponsor Random Giveaway By Cik Fie !!

Hai semua...apa kabar..Chat?lama jugak ifsha x tulis entry kan....(ok rindu cepat)....
ok kalai ini ifa nak ajak kepada anda yg berminat nak jadi sponser jom ikut ifa jadi sponser...nak sponser ape aje x kesah....tapi jangan lah yg pelik2 k...


ok...nie banner dia...tapi..selagi sponser x cukup 50 org selagi tu GIVEAWAY ini x bermula sbb nya hadiah yg d jangka lebih kurang 100 hadiah tau,,,,wahhh banyak tu....ok sesiape yg x mau jadi sponser pon x pea...boleh join GIVEAWAY ini tau ...GIVEAWAY ini from CIK FIE ...
Buat masa nie sponser nya baru ada 28 org...ini senarai sponser yg baik hati tu. ...untuk maklumat lanjut boleh lah ke ruangan pertanyaan CIK FIE...segala nya akan d balas secepat mungkin... :)
TERIMA KASIH :)

Khamis, 10 Mei 2012

2
Comment
KEPERCAYAAN PENTING ATAU TIDAK ????



"Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan."


Semua 0rang tahu, apabila kepercayaan telah hilang, mmg sukar untuk dipulihkan kembali. Inilah kemelut yg sering dialami oleh pasangan yg bercinta ataupun persahabatan. Apakah b0leh diletakkan semula kepercayaan kepada pasangan yg curang ataupun sahabat yang menipu, serta pelbagai perkara negatif lain lagi....

Walaupun sudah bersumpah dan insaf serta berjanji tidak akan mengulangi segala tabiat buruk dan berusaha menjadi yang terbaik, namun senang mendengar janji itu tetapi untuk menerimanya dan percaya cukup payah...dan bagi ifa kepercayaan lah yg paling ingin ifa pertahan kan..tapi akhir nye terungkap jugak ...dan benda yg dia ucapkan itu sentiasa tengiang2 di telinga ifa ...besar sangat kah salah aku tuh.????sedih..tu jea yg mampu aku ungkapkan...(sampai hati dia kan..) terasa sekejap

Sewajarnya kita memberikan peluang kepada sesiapa sahaja apatah lagi pasangan atau sahabat sendiri. Jika Allah boleh menerima taubat hambanya, siapalah kita pula untuk enggan memaafkan inssan yang lain..dan ia haruslah kemaafan yg lahir dr hati , bukan sekadar pengakuan lisan....

Masa menentukan segalanya untuk menerima tetapi percayalah dan yakinlah pada diri yang anda bersedia untuk memaafkan dan melupakan kesilapannya..n jangan lupa untuk berd0a agar diberikan kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan hidup....hehe ..jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran dan JANGAN DIUNGKIT lagi...




Ha tang ungkit mengungkit nie lah yg menyebabkan pergaduhan tuh makin berpanjangan...so masing2 paham2 lah main kan peranan...jngan nak tunjuk ego...tapi lelaki selalu kene lah mengalah...pompuan nie hati dia lembut...sekali di tinggi nye suara oleh sang lelaki si perempuan terus meleleh...hurmmmm(kesian)

1
Comment
FELDA DAPAT DURIAN RUNTUH..untunglah ....


JERANTUT : Khemah tempat perhimpunan peneroka FELDA di Jengka 8 di sini, semalam, bergemuruh dengan tepukan dan laungan gembira peneroka ketika Datuk Seri Najib Razak mengumumkan durian runtuh RM15,000 kepada setiap keluarga.Ada antara 40,000 peneroka secara spontan menadah tangan berdoa dan menitiskan air mata..wah untung nya menjadi warga felda kan...
RM15 ribu itu diagih kan untuk si suami 5 ribu isteri 5 ribu dan anak2 pon same devide la korang 5ribu tu sesame sendiri.. berape ramai pon adik-beradik korang pandai2 msing2 bahagikan secara adil ok....sib bek adik beradik ku 3 owang jea...alah compem parent aku suruh masuk bank...simpan2..(huhuu dapatlah aku tukar phone yg dah nak terbarai nie)..


oh yea x lupa gak kira-kira 20,000 pegawai dan kakitangan Kumpulan FELDA akan menerima bonus tambahan dua setengah bulan gaji tahun ini.
Perdana Menteri berkata, durian runtuh itu secara keseluruhannya bukan saja untuk menghargai sumbangan peneroka dan keluarga mereka membangunkan negara, malah warga kerja FELDA...

pembayaran bonus itu melibatkan seramai 95,949 atau 85.19 peratus daripada 112,635 peneroka sebagai menghargai sumbangan mereka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara serta insentif menghantar hasil melalui Felda.....wah time nie lah nak bangge jadi anak felda...(ALHAMDULLILAH)...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...